Hostel Warna

Hostel Warna

Pengenalan :

Hostel Warna merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada pelajar-pelajar Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. Penyewaan hostel ini hanya terbuka pelajar-pelajar lelaki.

Keistimewaan:
  • Berdekatan Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu
  • Luas & Selesa

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan:
  • Self service laundry
  • Televisyen
  • Surau
  • Katil Single & Meja 

Terma & Syarat:

1) Tempahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengikut tarikh pembukaan semester baru.

2) Tempahan perlu dibuat dengan menyertakan separuh daripada bayaran penyewaan bagi satu semester samaada secara tunai atau melalui bank.

3) Baki bayaran dijelaskan pada hari kemasukan ke hostel.

4) Jika ingin membatalkan tempahan, pemberitahuan hendaklah dilakukan dalam tempoh 2 minggu sebelum kemasukan pelajar-pelajar ke Politeknik dan deposit yang dibayar akan dikembalikan. Jika gagal, penyewa baru hendaklah diganti untuk memenuhi kekosongan tersebut atau deposit yang dibayar tidak akan dikembalikan.


    Kelihatan bangunan Politeknik dari Hostel dalam jarak 10 meter